Thursday, October 8, 2009

Amar Makruf Nahi Munkar

Keadaan kita sekarang ini penuh dengan dugaan dunia. Manusia seringkali lalai dan leka dengan hal-hal dan keadaan kehidupannya sekarang ini hingga ramai diantara kita yang lupa kepada kehidupan yang lebih kekal abadi diakhirat nanti.

Maka kita tertinggal dalam perlumbaan mencari kerhedaan Allah. Dalam pada itu kita setiap hari melihat malah dipertontonkan dengan pelbagai bentuk maksiat pada Allah, kemungkaran dan khurafat yang bermaharajalela disetiap kawasan. Lemah dan lerainya iman kita ini, tidak dapat sedikit atau secebis kata nasihat yang boleh keluar dan terpacul dari bibir untuk memperbetulkan suasana yang sudah rosak ini. Kita tidak Amar makruf Nahi mungkar. Kita tidak mengajak manusia kearah kebaikan dan menghalang keburukan. Iman kita lemah.

Ini adalah salah satu tunjang yang telah dipatahkan oleh kita sendiri dengan bantuan orang-orang kafir. Apabila kita sebagai umat islam tiada kekuatan kearah ini, maka kita telah membuang kehebatan kita seperti mana yang ditinggalkan oleh Rasullullah SAW sebagai sunnah dan yang telah diamalkan oleh para sahabat agung.

Dizaman ini, umat islam sering dimomok-momok kan dengan idealogi seperti kebebasan manusia untuk percaya,memilih dan bersuara. Freedom of choice and freedom of life. Seolah-olah kita ini mencipta diri kita sendiri. Bagaimana kita tahu apa yang perlu kita percaya? kehidupan mana yang terbaik untuk dipilih? undang-undang mana yang perlu disuarakan?
Kita lupa bahawa yang Maha Pencipta telah meletakkan timbangan dan urusan itu untuk diikuti dan dipatuhi oleh seluruh manusia. Bukan sahaja umat islam malah orang yang bukan islam.

Lantaran itu, kita hendaklah kembali kepada mengamalkan idealogi ini. Idealogi memperbetulkan apa yang salah dan mengajak kepada kebaikan. Semoga kita diberikan kekuatan oleh Allah untuk menanggung kesabaran yang tinggi dalam memperjuangkan agama Allah ini, walaupun yang Maha Kuat boleh menjaga agamanya kalau ia mahu.

Oh Dunia
Kau tontonkan butir-butir permata
mata dan hatiku mahu
tangan dan kakiku keras mengengam
tak ingin kulepaskan
butiran permata emas berlian

Lalu aku alpa dan leka
sombong ajaib pada diri
betapa kuasa dan harta
memberi tenaga pada nafsu

titik itu bertemu
nyawa datang pergi berlalu
tangisan tidak lagi berguna
Kesalan malah sia-sia
ketika itu

Sabda baginda Rasullulah SAW
"Perintahkan kebaikan meskipun kamu tidak mengamalkannya dan larangkan kemungkaran walaupun kamu tidak menjauhi seluruhnya"