Tuesday, September 15, 2009

Mati Sebagai Dakwah

Aku teringat pada maksud hadis Rasullulah SAW " Orang yang paling bijak antara kamu adalah orang yang paling banyak mengingati mati"

Kenapa Baginda berkata demikian? Kalau dibarat, Mat salleh ataupun mungkin orang kita ada yang mengatakan bahawa bercakap tentang mati itu taboo.. semacam tak elok nak diperkatakan . Akan tetapi Rasul kita menyarankan malah mengalakkan kita mengingati mati..

Saya masih teringat ketika berita kematian arwah ayah sampai ketelinga saya di pagi yang hening. Arwah memang telah lama menderita sakit kegagalan buah pinggang. Pagi itu sepatutnya dia dihantar ke HKL dari hospital sultanah Aminah di JB. Namun ajalnya telah sampai maka dia telah dipanggil balik kepada penciptanya, pada umur 53 tahun. Peristiwa itu masih terngiang-ngiang dibenak pikiran ini tiap kali memikirkan tentang mati.

Pada bulan april yang lepas saya telah diberitahu oleh doktor sewaktu demam teruk yang saya mengidap kencing manis. Walaupun tak seberapa teruk dan masih diperingkat awal. Lantas saya teringat pada arwah abah bagaimana dia juga sebenarnya ada kencing manis cuma lambat dikesan. Teringat akan kematian datang menjelma dalam benak menjadikan diri ini sedih dan duka. Saya cuba untuk mentabahkan diri untuk menerima ujian Allah. Tapi mengingati mati itu telah memberi peluang untuk kita cuba mengubah diri.

Mengingati mati itu menjadi seolah-olah motivasi!! Motivasi untuk menerima qadar dan qada' Allah. Motivasi untuk meneruskan perjalanan hidup ini dan segera berubah kepada yang lebih baik. Berubah menjadi Hamba pada pencipta kita. Motivasi untuk tidak terus-terus pusing memikirkan masa depan yang terlalu panjang dan risau tentang apa yang akan berlaku sedangkan kita sendiri mungkin tidak akan berpeluang langsung bertemu dengan masa itu. Dan segala ketentuan itu telah pun ditentukan oleh Allah melalui catatan Makhluk Qalam nya, 50 ribu tahun sebelum kejadian dunia ini menurut pendapat ulamak.

Jadi Mati itu Dakwah pada kita. Dakwah yang sepatutnya dapat mengajar kita untuk tunduk dan taat pada Allah yang telah menetapkan segala urusan kita didunia ini. Moga-moga kita mengambil pengajaran dari apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita yang sampai melalui sahabat-sahabat, para pengikut sahabat, imam-imam dan ulamak besar, dan seturnya pada kita ini.

Thursday, September 10, 2009

Rupa-rupanya tak boleh nak copy and paste from Microsoft words into posting? So susah ler teman nak paste tulisan-tulisan teman nie.. nampak gayanya terpaksalah teman belajar lagi ataupun teman tulis direct my postings..

Apa yang ingin dibicarakan kali ini adalah tentang kecetekan ilmu kita ini tentang agama.

Sebenarnya rata-rata kita ini hidup didalam masyarakat yang agak lemah dalam ilmu agama. Walaupun nampaknya sekarang kita ini telah makin hampir kepada ilmu agama dari dahulu terutama pada pengamatan saya untuk yang duduk dibandar. Masih banyak kekurangan kita terutama dalam ilmu tentang ketauhidan pada Allah.

Apa yang ada diajar disekolah mungkin masih kurang penekanannya pada persoalan-persoalan tentang Allah dan bagaimana kita nak menjadi Hamba Allah yang benar-benar hamba. Iaitu hamba yang mentaati segala suruhan Allah. Bukan Hamba yang bermaksiat padanya. Ini kerana jikalau kita bermaksiat pada Allah maka kita tidak boleh mengkategorikan diri kita sebagai hamba Allah. Sebab kita tidak bertakwa kepadanya. Sebagaimana kita mengatakan bahawa kita adalah seorang pekerja di dalam sesebuah organisasi, maka kita mesti menuruti peraturan-peraturan dan melakukan suruhan bos kita. Kalau kita ingkar macam mana kita boleh mendabik dada mengatakan kita adalah pekerja? kita tak buat kerja?

Begitu juga sebagai seorang islam, kita perlu malah wajib menuruti segala suruhan-suruhan Allah. Jika tidak bagaimana nanti diakhirat kita boleh berdepan dengan Allah SWT dan mengaku bahawa kita orang islam, kita layak ditempatkan didalam syurga dan jangan dicampakkan kedalam neraka jahanam Allah. Macam mana kita nak berdepan dengan Rasullah SAW dan meminta supaya baginda memeberi syafaat pada kita sedangkan kita tidak pernah mahu menuruti sunnah yang ditinggalkan. Sebagai mana lebih kurang maksudnya sabda baginda rasullullah SAW
"Aku tinggalkan padamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi mengikutnya, iaitu Al-quran dan sunnahku"

Semoga Allah menempatkan kita bersama-sama dengan orang-orang yang diberi petunjuk ke jalan yang benar. Dan yang akan menerima kitab amalan kita diakhirat nanti dari sebelah kanan.

Aku Hamba Allah

Testing tulisan