Friday, November 20, 2009

Hati yang Parah

Selagi kita bernafas dan hidup didunia ini kita tidak akan lari daripada menghadapi fitrah dan apa yang telah ditetapkan oleh Rabbul Jalil. Segala apa yang terjadi pada waktu dan ketika ini sudah ditentulah oleh Allah SWT. Namun begitu mengapa kita masih lagi cuba bersungguh-sungguh untuk cuba membina masa depan dan menggomol dunia hingga kita sanggup membelakangkan syariat agama dan fitrah alam?

Jawapan nya mungkin susah untuk diterjemah didalam tulisan ini namun barangkali kita perlu melihat kedalam hati kita dan mengukur sejauh mana hati kita ini parah dengan dosa dan keinginan dunia.
Apabila kita mempersoalkan permasalahan hati maka kita sebenarnya cuba untuk merungkai soal ruh. Hati yang dimaksudkan disini bukan lah hati fisikal yang berguna untuk badan kita, akan tetapi yang lebih dalam iaitu ruh hati.

Sabda Rasullulah SAW " Apabila hamba Allah itu melakukan dosa, maka akan terpalitlah satu titik hitam di hatinya" Namun ramai diantara kita yang tidak mengambil berat soal hati ini kerana kita tidak dapat melihat sebenarnya betapa hodoh dan buruknya hati kita. Mungkin dah terlalu gelap hinggakan kita ingat kita ini melakukan perkara yang baik, akan tetapi kita sebenarnya melakukan perkara yang dicemuh dan dimurkai oleh Allah SWT.

Marilah kita semua cuba untuk sama-sama menjaga hati kita supaya sentiasa bersih dan sejahtera. Sebagai mana Allah mengundang hamba-hambanya untuk masuk ke syurga Allah, dengan hati yang sejahtera. Amin..

Wahai hambaku, apabila kamu lapar, akulah yang memberi kamu makan

Wahai hambaku, apabila kamu telanjang, akulah yang memberi kamu pakai,

Sesungguhnya rezeki itu adalah pemberian Allah dan haknya, maka kenapa kita masih lagi sanggup berbuat maksiat pada Allah?