Monday, December 26, 2011

Bila nak rehat?

Bila manusia perlu berehat dan bila agaknya kita akan berehat?

Kita perlu berehat apabila kita penat dan sudah tidak bertenaga. Mungkin juga bila kita sakit, luka, dan seumpamanya.

Tetapi, kita hanya akan berehat apabila berada di alam barzakh, dan alam akhirat di dalam syurga Allah SWT.

Saturday, December 17, 2011

Kenapa Kita Nak Lawan Allah

Kita sebagai manusia (termasuk lah aku) selalu sangat cuba nak melawan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. KAlau Allah kata itu, kita kata ini... sebabnya kita ni degil dan sombong dengan Allah. Kita ikut kata-kata hawa nafsu kita yang memang nak kita berada dalam keadaan yang sangat jahil.

Sedangkan Allah sebut dalam Al-quran bahawa sudah berapa banyak golongan atau kaum yang Allah binasakan sebelum kita kerana kesombongan mereka sedangkan mereka itu lebih kuat dan advance dari kita. Seperti Kaum Ad, Samud, Lut sebagainya....

Sebagaimana yang telah digembar-gemburkan sejak beberapa hari lepas tetang pelajar Malaysia, Melayu dan Islam, yang berkahwin sejenis. KAt Sini pun ada agaknya cuma belum di gembar-gemburkan lagi.....

gambar-ariff-alfian-rosli-




Saturday, December 3, 2011

Cari kekayaan atau kebahagian?

Kita ni berkerja penat dari pagi ke malam kemudian hari minggu masih lagi bekerja untuk apa? Adakah kita nak mengejar kekayaan atau kebahagiaan.

Jika kita tanya soalan ni pasti ramai yang akan menjawab mereka mencari kebahagiaan. Akan tetapi ada berapa ramai yang dalam keadaan tidak tahu sebenar nya sedang hanya mencari kekayaan. Adakah kita sedar, tahu dan yakin bahawa kekayaan itu ataupun rezeki datang dari Allah. Telah ditetapkan oleh Allah sejak dari kita dalam perut mak. Percaya? Yakin?

Oleh itu adakah kita akan sekadar terima takdir dan tidak berusaha kerana sudah ditentukan?

Kita keliru, aku pun sama. Pada Allah aku yakin pada rezeki yang telah ditetapkan dan aku akan berusaha sebaik mungkin