Saturday, December 3, 2011

Cari kekayaan atau kebahagian?

Kita ni berkerja penat dari pagi ke malam kemudian hari minggu masih lagi bekerja untuk apa? Adakah kita nak mengejar kekayaan atau kebahagiaan.

Jika kita tanya soalan ni pasti ramai yang akan menjawab mereka mencari kebahagiaan. Akan tetapi ada berapa ramai yang dalam keadaan tidak tahu sebenar nya sedang hanya mencari kekayaan. Adakah kita sedar, tahu dan yakin bahawa kekayaan itu ataupun rezeki datang dari Allah. Telah ditetapkan oleh Allah sejak dari kita dalam perut mak. Percaya? Yakin?

Oleh itu adakah kita akan sekadar terima takdir dan tidak berusaha kerana sudah ditentukan?

Kita keliru, aku pun sama. Pada Allah aku yakin pada rezeki yang telah ditetapkan dan aku akan berusaha sebaik mungkin

No comments:

Post a Comment