Tuesday, September 15, 2009

Mati Sebagai Dakwah

Aku teringat pada maksud hadis Rasullulah SAW " Orang yang paling bijak antara kamu adalah orang yang paling banyak mengingati mati"

Kenapa Baginda berkata demikian? Kalau dibarat, Mat salleh ataupun mungkin orang kita ada yang mengatakan bahawa bercakap tentang mati itu taboo.. semacam tak elok nak diperkatakan . Akan tetapi Rasul kita menyarankan malah mengalakkan kita mengingati mati..

Saya masih teringat ketika berita kematian arwah ayah sampai ketelinga saya di pagi yang hening. Arwah memang telah lama menderita sakit kegagalan buah pinggang. Pagi itu sepatutnya dia dihantar ke HKL dari hospital sultanah Aminah di JB. Namun ajalnya telah sampai maka dia telah dipanggil balik kepada penciptanya, pada umur 53 tahun. Peristiwa itu masih terngiang-ngiang dibenak pikiran ini tiap kali memikirkan tentang mati.

Pada bulan april yang lepas saya telah diberitahu oleh doktor sewaktu demam teruk yang saya mengidap kencing manis. Walaupun tak seberapa teruk dan masih diperingkat awal. Lantas saya teringat pada arwah abah bagaimana dia juga sebenarnya ada kencing manis cuma lambat dikesan. Teringat akan kematian datang menjelma dalam benak menjadikan diri ini sedih dan duka. Saya cuba untuk mentabahkan diri untuk menerima ujian Allah. Tapi mengingati mati itu telah memberi peluang untuk kita cuba mengubah diri.

Mengingati mati itu menjadi seolah-olah motivasi!! Motivasi untuk menerima qadar dan qada' Allah. Motivasi untuk meneruskan perjalanan hidup ini dan segera berubah kepada yang lebih baik. Berubah menjadi Hamba pada pencipta kita. Motivasi untuk tidak terus-terus pusing memikirkan masa depan yang terlalu panjang dan risau tentang apa yang akan berlaku sedangkan kita sendiri mungkin tidak akan berpeluang langsung bertemu dengan masa itu. Dan segala ketentuan itu telah pun ditentukan oleh Allah melalui catatan Makhluk Qalam nya, 50 ribu tahun sebelum kejadian dunia ini menurut pendapat ulamak.

Jadi Mati itu Dakwah pada kita. Dakwah yang sepatutnya dapat mengajar kita untuk tunduk dan taat pada Allah yang telah menetapkan segala urusan kita didunia ini. Moga-moga kita mengambil pengajaran dari apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita yang sampai melalui sahabat-sahabat, para pengikut sahabat, imam-imam dan ulamak besar, dan seturnya pada kita ini.

No comments:

Post a Comment