Friday, March 16, 2012

Allah pasti akan menduga

Allah swt pasti akan menduga setiap hambanya yang mengaku beriman kepada Allah swt. Bukan kerana Allah tidak tahu siapa yang benar2 beriman dan siapa yg berpura2. Akan tetapi ujian itu adalah utk kita ni sebagai hamba supaya kita yang tahu kita ni betul2 ikhlas beriman atau tidak.

Mungkin kita sendiri tidak tahu, jadi Allah akan uji kita, dan ujian itu akan sempurna menguji apa kekurangan yang ada pada kita. Bukan apa yang telah sedia bagus yg Allah tahu. Jadi setelah setiap ujian itu patutnya kita jd sedar dan betulkan kekurangan diri.

Aku takut kalau setelah Allah uji, aku masih lagi seperti dulu. Aku kata tak syg dunia Allah uji dgn sakit, supaya aku sedar yg aku masih cintakan dunia dan takut mati. Setelah itu masihkah aku sedar atau masih sasar?

No comments:

Post a Comment